Kutukan keatas mereka yang durhaka kepada Sultan Perak
“Kami, rakyat negeri Perak yang menjunjung taat setia kepada Rukun Negara Malaysia yaitu asas sebagai rakyat Malaysia, mengesorkan kepada semua rakyat Negeri Perak Darul Redzuan dibawah naungan DYMM Sultan Perak, mengutuk sekeras kerasnya ke atas perbuatan, perilaku serta kata kata yang telah telah merumus kepada perbuatan salahlaku kedurhakaan keatas DYMM Sultan Perak oleh bekas Menteri Besar dan kumpulan politik beliau. Kami juga ingin mengesa kerajaan atau pihak berkuasa negeri mengambil tindakan yang sewajarnya keatas mereka semua, oleh kerana perbuatan mereka itu telah mengerohkan suasana keharmonian kepercayaan kami kepada Rukun Negara dan Institusi Raja Raja Melayu di negeri Perak khasnya dan di Malaysia amnya.”
“Semoga dengan kuasa naungan dibawah DYMM Sultan Perak didalam menjaga hal ehwal Ugama Islam , orang orang Melayu dan tanah air mereka serta lain lain kaum yang berada dibawah naungan DYMM Tuanku Sultan di negeri ini tetap utuh dan kekal abadi. “
“Kami merasa terhina dan sedih serta telah kehilangan kepercayaan kepada sistem yang ingin dibawa oleh penderhaka yang secara jelas ingin memporakperandakan asas Rukun Negara Malaysia yang telah dibina oleh negara ini sekian lama.”
Amin. DAULAT TUANKU
Sekian.
Related articles by Zemanta
- Malaysian MP removed from office (news.bbc.co.uk)

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=73580c12-8e0e-4de3-850e-54e99f409e64)








